Menu Utama Profile Galeri Tokoh Penerbitan Perkhidmatan 200 Tahun Rancangan
  Buku Sejarah | Buletin & Pamplet Muzium   Melayu | English  
 


PENERBITAN
MUZIUM POLIS DIRAJA MALAYSIA

Muzium Polis Diraja Malaysia turut mempunyai tanggungjawab untuk memupuk generasi muda supaya mencintai budaya serta warisan khazanah pasukan polis iaitu melalui beberapa kaedah antaranya ialah melalui penerbitan buku, buletin, risalah dan penerbitan yang lain. Usaha penerbitan oleh Muzium PDRM juga akan menarik perhatian umum untuk mengenali sejarah pasukan polis melalui pembacaan.

Antara koleksi penerbitan oleh Muzium Polis Diraja Malaysia antaranya:

  1. BUKU SEJARAH BERGAMBAR
    Institusi Polis Di Malaysia

    Buku ini memaparkan pensejarahan polis secara bergambar sejak dari Zaman Kesultanan hinggalah ke akhir darurat pertama. Penerbitan buku ini bermatlamat untuk memberi peluang kepada segenap lapisan masyarakat memantapkan bahan-bahan sejarah berbentuk tulisan dan gambar-gambar yang dikumpul oleh Muzium Polis Diraja Malaysia yang mana sebelum ini jarang sekali dipaparkan kepada umum.

    Diterbitkan oleh : PERSATUAN MUZIUM NEGARA
    Harga : RM25.00 SENASKAH


  2. BUKU SEJARAH BERGAMBAR EDISI KEDUA Institusi Polis Di Malaysia

    Buku ini diterbitkan adalah menyambung kepada BUKU SEJARAH BERGAMBAR EDISI PERTAMA yang mana institusi kepolisan tanah air berdepan dengan cabaran yang bukan sahaja terpaksa dihadapi dengan keringat air mata, malahan perjuangan dan pengorbanan yang lebih besar lagi ialah kesanggupan para pegawai dan anggota pasukan polis berkorban sehingga ke titisan darah yang terakhir. Buku ini sesuai dijadikan bahan rujukan pada masa hadapan disamping menghargai pengorbanan anggota pasukan Polis Diraja Malaysia yang terdahulu.

    Diterbitkan oleh : MUZIUM PDRM
    Harga : RM100.00 SENASKAH
    ISBN : 983-41908-0-8
     
 

Selamat Datang ke
Laman Web Rasmi
Muzium PDRM
Disediakan Oleh:
Unit Multimedia

Pengumuman!
Muzium PDRM akan menyambut ulangtahun ke-11 penubuhannya
iaitu pada 24 Julai 2010

 
 
 
 
       
 



Alamat:
Muzium PDRM
No.5 Jalan Perdana
50480 Kuala Lumpur

No. Tel:
603-22725689/90
603-22734740
Fax:
603-22737850

Email:
muziumpolis@yahoo.com

 

Profile | Galeri | Tokoh | Penerbitan | Perkhidmatan | 200 Tahun | Rancangan